Sinopsis Hutang 2D

Mengisahkan tentang Ayie,Seorang pelukis komik webtoon Dan budak flat Yang kuat berangan Dan bersifat pengecut hidup sederhana dengan ayahnya,Pak Jie selepas kematian ibunya.Namun segala hasil usahanya dipandang rendah oleh Pak Jie.Itu membuatkan Hidup ayie diselubungi kesedihan.Tabiat ayahnya Yang suka berjudi Dan menipu duit orang membuatkan mereka diburu oleh penjahat bernama Han Dan Kit.

Pada masa Yang sama,Ayie juga menaruh perasaannya terhadap Shima,gadis Yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Suatu Hari,Ayie didatangi Seorang lelaki misteri bernama Gua Mambang.Lelaki tersebut memberikan Ayie sebuah tablet ajaib Yang mampu membuatkan semua lukisannya menjadi nyata.lalu Ayie mencipta pelbagai geng baharu dengan kuasa tersendiri Dan sejak itu Ayie Dan gengnya memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan ayahnya Dan gadis Yang diminatinya,Shima.